Saturday 20 April 2013

Sajak Warkah Untuk Pejuang

Kutulis warkah ini hanya untukmu, nelayan
Pukatmu ibarat senjata
Perahumu bagaikan bahtera
 
Kau susuri ombak dengan senyuman
Kau hadapi gelombang dengan ketenangan
 
Kau tidak pernah mengeluh
Kau tidak pernah mengalah
 
Kerana kau tahu itu kewajipan
Di teratakmu ramai tanggungan
Makanan perlu disajikan
Pakaian perlu disediakan
Yuran perlu dilangsaikan
 
Kau tetap berusaha
Kau terus bekerja
 
Khazanah laut menjadi buruan
Nyawa di badan menjadi pertaruhan
Kau tabah hadapi dugaan
Kau redha dengan ketentuan
Kerana kau adalah pejuang

No comments:

Post a Comment