Saturday 27 April 2013

Tema 1 – KELUARGA Unit 1 – Keluarga Saya

Nama saya Nur Aqilah binti Zulkefli.Saya mempunyai sebuah keluarga yang bahagia.Keluarga saya terdiri daripada datuk,nenek,ayah,ibu,dan tiga lagi adik.Saya merupakan anak sulung dalam keluarga.              Nama ayah saya ialah Zulkefli bin Mamat.Ayah saya dilahirkan pada 02 Ogos 1966.Ayah saya berumur 45 tahun.Ayah saya bekerja sebagai peniaga.Ayah saya seorang yang penyayang.Ayah mempunyai 11 orang adik beradik.Beliau merupakan anak yang ke empat.              Nama ibu saya ialah Rohana binti Ismail.Ibu saya berumur 42 tahun dan dilahirkan tanggal 7 Julai 1969. Ibu saya bekerja sebagai seorang guru.Ibu saya seorang yang tegas dan penyayang.Beliau sentiasa menasihati saya belajar bersungguh-sungguh supaya dapat berjaya dalam hidup dunia dan akhirat.Ibu saya juga mempunyai 11 orang adik beradik dan merupakan anak yang ke dua dalam keluarga.            Saya juga mempunyai seorang adik lelaki dan dua orang adik perempuan.Nama adik lelaki saya ialah Muhammad Ammar bin Zulkefli.Adik saya berumur 9 tahun dan belajar dalam tahun 5 .Adik saya dilahirkan pada 28 februari 2000.Beliau seorang yang aktif dalam bidang sukan terutama bola sepak.Beliau sentiasa mewakali sekolah dalam pertandingan bola  dan bercita-cita menjadi pemain bola sepak dunia suatu hari nanti.           Nama adik perempuan saya yang pertama ialah Nur Aisyah Mardiah binti Zulkefli.Adik saya berumur 10 tahun.Adik saya belajar dalam tahun empat.Adik saya seorang yang peramah dan amat rajin.Nama adik perempuan saya yang bongsu ialah Nurul Nadhirah binti Zulkefli.Adik saya sangat cantik dan pintar.Adik saya berumur 6 tahun.Adik saya belajar di kelas pra sekolah di Sekolah Kebangsaan Pantai Senak.              Saya juga mempunyai datuk dan nenek yang penyayang.Nama datuk di sebelah ayah saya ialah Mamat bin Mahmood.Datuk saya berumur 67 tahun.Manakala nama nenek saya ialah Dayang bin Muda.Nenek saya berumur 64 tahun.          Nama datuk sebelah ibu saya ialah Ismail bin Omar.Datuk saya sudah meninggal dunia hampir setahun yang lalu.Saya juga mempunyai nenek bernama Minah binti Mat Salleh.Nenek saya berumur 62 tahun.

No comments:

Post a Comment