Saturday 27 April 2013

Unit 18 – Desa saya Indah


Singapura sangat tegas dan mempunyai pegawai yang bertanggungjawab. Langkah-langkah iniakan menjamin pada masa akan datang untuk mencapai wawasan kita iaitu negeri bersih rakyatsihat.Antara kesan positif yang kita perolehi sekiranya negeri bersih dapat dicapai ialahkesihatan rakyat setempat akan lebih berkualiti. Hal ini demikian kerana melalui usaha yangdilakukuan di atas telah dapat membanteras kuman dan virus daripada bermaharajalela di tempatyang kotor. Di samping itu, tempat-tempat pencemaran dan pembuangan sampah-sarap akan berkurangan. Perkara ini juga dapat mengurangkan penggunaan tanah kosong untuk penimbusandan pelupusan sampah di samping dapat mengembalikan nutrient dan zat-zat yang diperlukanoleh tanah bagi menyuburkan semula tanaman dan tumbuh-tumbuhan yang merupakansebahagian daripada makanan asas manusia untuk memberikan vitamin serta mencuci sistem penghadaman manusia. Pesakit yang menghidapi salah satu penyakit yang dinyatakan di atasakan berkurangan kerana kawasan tersebut telah dibersihkan. Walaupun penyakit-penyakit inimengambil masa yang lama untuk sembuh namun telah dapat menyedarkan manusia bahawakawasan yang bersih dapat menjamin kesihatan mereka serta dapat membanteras penyakit- penyakit baru untuk muncul. Di sini kita dapat melihat dengan mata sendiri bahawa rakyat yangsihat datangnya daripada negeri yang bersih.Penambahan rakyat sihat akan membangunkan ekonomi negeri dalam pelbagai sektor.Sebagai contoh, Terengganu mempunyai pelbagai tempat pelancongan yang menarik perhatian pelancong asing mahupun tempatan seperti Pulau Kapas dan Tasik Kenyir. Melalui penjagaanyang rapi di tempat-tempat peranginan sudah pasti akan membuatkan pemandangan lebih cantik dan nyaman disamping dapat mengurangkan pencemaran. Perkara ini telah dapat meningkatkankewangan dalam bidang pelancongan di negeri kita. Rakyat yang sihat juga akan memberikan

100 peratus tumpuan terhadap pekerjaannya dan dapat mengurangkan hari untuk mereka cutisakit. Perkara ini jelas memberitahu kita bahawa kedudukan ekonomi negara berada dalamtangan rakyat yang menggembleng tenaga mereka untuk mencari rezeki bagi manapungkehidupan seharian mereka. Di samping itu, pembangunan teknologi akan bertambah majukerana mempunyai rakyat yang proaktif dan sihat dari pelbagai aspek iaitu jasmani, rohani danmental. Justeru, negeri bersih juga dapat melahirkan rakyat yang produktif dalam melakukansesuatu tugasan kerana telah wujudnya rakyat yang bebas daripada penyakit.Pada masa yang sama, propaganda negeri bersih rakyat sihat boleh memupuk perpaduanantara rakyat Malaysia yang mempunyai berbagai-bagai kaum seperti melayu, cina dan india.Melalui kegiatan gotong-royong, kerjasama antara penduduk kampung akan menjadikan tugasanyang dilakukan lebih efisen dan cekap di samping mengeratkan hubungan silaturahim di antarakaum. Di sini kita dapat lihat bahawa persefahaman antara kaum akan lebih mendalam. Hal ini boleh mengelakkan pergaduhan dan peperangan antara kaum yang pernah terjadi di Malaysiaiaitu peristiwa gelap pada 13 Mei 1969. Bak kata pepatah pisang tidak akan berbuah dua kali.Rakyat setempat juga akan lebih disiplin dalam mematuhi undang-undang kerajaan disampingdapat memupuk rasa cinta dan sayang kepada negeri. Bak kata pepatah hujan emas di negeriorang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Pada masa yang sama, pertahanan negara kita akan lebih mantap serta keamanan dan keharmonian negara akan lebihterjamin. Hal ini boleh menjadikan musuh menggeruni negara kita dan dapat mengelakkannegara kita dicerobohi atau dijajah oleh orang luar.Intihanya, pihak kerajaan dan pihak bukan kerajaan perlu menangani masalah kebersihandan pencemaran yang berlaku di negeri kita dan tidak ketinggalan juga masyarakat setempatyang menunjukkan sesitiviti atau kepekaan dan keperihatinan mereka terhadap keadaaan di

sekeliling mereka. Tanapa penguatkuasaan dan pematauan dari pihak atasan akan membuatkanrakyat menjadi lalai tentang tanggungjawab nereka sebagai khlaifah di muka bumi ini. Ole halyang demikian, semua pihak perlu saling tegur-menegur dan ingat-mengingati antara satu samalain bagi mengelakkan negeri kita dicemari oleh sampah-sarap yang merosakkan pemandanganyang cantik dan indah. Disebabkan manusia tidak pernah sunyi daripada melakukan kesilapan,kita sebagai insan perlu bersungguh-sungguh untuk menampilkan wajah yang baru disulamitekad untuk mempertahankan khazanah yang telah dianugerahi Tuhan. Program negeri bersihrakyat sihat dapat memperteguhkan tali-temali persaudaraan sesama masyrakat yang berbilangkaum tanpa mengenakan sebarang syarat. Agenda kerja yang terancang dan sempurna pasti akanmenjayakan wawasan negeri bersih rakyat sihat.

No comments:

Post a Comment