Saturday 27 April 2013

Unit 12– Sekolah Selamat


KEPUTUSAN Kementerian Pendidikan melancarkan Program Sekolah Selamat pada 2002 sebenarnya bertunjangkan satu matlamat jitu – mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan keluarga dan komuniti setempat. Objektif umumnya ialah untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan bahawa keselamatan hendaklah dijadikan agenda utama dalam semua aspek pendidikan di sekolah. Jelas inisiatif baru itu bukan sekadar program ‘tangkap muat’ semata-mata. Bahagian Sekolah menyediakan buku ‘Konsep dan Manual Sekolah Selamat’ sebagai panduan pelaksanaan menjadikan sekolah, komuniti dan keluarga selamat untuk kanak-kanak.
Buku itu turut memuatkan aspek manual untuk pelajar menangani isu keselamatan dalam bidang aktiviti pelajar, bencana alam, fizikal dan bangunan sekolah, sosial, serta persekitaran dan lokasi sekolah. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Jabatan Sekolah), Datuk Kusaini Hasbullah, dalam satu pertemuan baru-baru ini, menjelaskan sebenarnya konsep sekolah selamat sudah pun ada dalam sistem pendidikan formal selama ini.
“Memanglah menjadi hasrat guru, ibu bapa dan pelajar supaya semua yang dilakukan tercapai dalam keadaan selamat. Sekiranya berjaya pun, berjaya dengan selamat. Itu adalah hasrat serta cita-cita kementerian juga. “Jadi konsep sekolah selamat ini daripada begitu umum, dibina dan dikembangkan menjadi satu konsep khusus yang dilaksanakan di sekolah seluruh negara. Malah, didapati kira-kira 84 peratus daripada keseluruhan 10,000 sekolah rendah dan menengah kini menjalankan konsep ini secara aktif,” katanya.
Bagaimanapun, selepas lebih setahun pelaksanaan program itu, masyarakat masih digemparkan dengan insiden memalukan dan berlawanan arus dengan usaha bersungguh-sungguh banyak pihak untuk menjadikan negara pusat kecemerlangan pendidikan.

No comments:

Post a Comment